Tuesday, December 21, 2010

Kenapa Orang Melayu Makan Gula Tangan??

Setiap bangsa di dunia ni punya budaya diorang sendiri. Makan adalah perkara yang wajib dalam hidup semua orang tetapi cara makan yang telah menjadi budaya hidup masyarakat yang membezakan kita. Jika orang Cina makan menggunakan "chopstick", orang barat pula menggunakan sudu dan garfu. Pasti ada rasionalnya tentang perbezaan ini kn?. Bg masyarakat melayu, kami mengamalkan budaya makan menggunakan tangan di sebelah kanan..Rasionalnya??.

Di sini ada satu kisah tentang perkara ini. Kisah ini tentang Tengku Kudin yang telah dijemput ke jemputan makan di rumah British Resident. Ketika semua hadirin sedang bersedia untuk menikmati hidangan masing-masing, tiba-tiba Tengku Kudin bangun dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan hadirin lain yang makan menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba rileknya menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tindakan beliau menarik perhatian seorang wanita Inggeris yang duduk di sisinya. Oleh kerana tertarik dengan perbuatan beliau, wanita itu bertanya " kenapa kamu makan menggunakan tangan, dan bukan menggunakan sudu dan garfu seperti kami?. Bukankah makan menggunakna sudu dan garfu itu lebih sopan? ".

Tengku Kudin dengan selambanya menjawab dengan jelas dan lantang "saya makan menggunakan tangan saya kerana tiga sebab"..

Sebab pertama
-Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain yang membasuhnya. Sudu dan garfu yang dibasuh orang lain itu belum tentu bersih.

Sebab kedua
-Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana hanya saya seorang yang menggunakan tangan saya, dan ianya tidak pernah di pinjam oleh org lain, sedangkan sudu dan garfu itu telah digunakan oleh ramai orang.

Sbb ketiga
-Saya yakin tangan saya lebih bersih sebab ia tidak pernah terjatuh dalam longkang!


Selepas itu beliau terus menyambung menikmati makannya. Jawapan Tengku Kudin membuat semua yang mendengarnya terlopong. Jika sebelum itu mereka memandang jijik dan tersenyum sinis kerana perbuatan Tengku Kudin itu, kini mereka hanya tertunduk malu dan mengangguk-angguk kepala mungkin kerana memikirkan betapa logiknya jawapan beliau itu.

Moral:KIta jgn cepat menghina atau memandang jijik tentang perlakuan dan budaya masyarakat lain. Setiap budaya pasti akan ada rasionalnya..=)

No comments:

Post a Comment